Ahad, 30 November 2008

Hati..Heart..Qalbun....

Assalamualaikum....

juz nak kongsi bersama korang ceramah drp. ustaz kt masjid tadi...
pasal hati nih....but jz brief n pendek...x padat dgn info tp still pengetahuan jugak...

..pasal hati..
tp. hati nih. bukanlah hati yang konstruk,yang mana kita boleh lihat bentuknya,boleh pegang,tetapi satu perkara abstrak,
hati nih kate ulama2 terpecah kepada 3 jenis...

1)Hati yang telah mati

Hati yang telah mati nih berada pada orang munafik, orang kafir sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran, ayat apa saya x igt(kalau sesiapa terjumpa ayat nih tlg anta comment kt post nih ataupun hantar kt chatbox)... orang kafir nih kate kpd. nabi...

"hati kami telah mati"
2) hati yg 'neutral' Hati nih ada pada manusia yang apabila die terdedah kpd. perkara2 positif,hati dier akan sejuk, die akan ikut perkara positif tuh,etc. zikir,solat,baca Al-Quran,tp kalu manusia nih terdedah kpd. prkara.2 maksiat,maka dia akan terikut-ikut dgn. perkara negatif itu dan dia akan lemas.Hati nih hati yg perlu diubat..sbb majoriti kita skrang berada di tahap ini...masih boleh dibawak ke jln. yg benar, jauh drp. jln. yg. daif dan jalan yg. serong drp. jalan lurus yg telah ditetap oleh Allah.


3)hati yg. hidup....
Hati ini dimiliki oleh manusia yang taat kpd. Allah..setia kpd. Allah,seperti yg dimiliki oleh para sahabat dan ulama2.hati jenis inilah yang kita kehendaki..



InsyaAllah, kite akan berjaya memiliki hati yang hidup
taatlah senantiasa kepada Allah dan ingatlah bahawa Dia yang telah menciptakan kita.. btw..bukak youtube dan tulis native deen dan cari lagu dier yang bertajuk i only fear my lord Allah




Surah Al-Mu'minun Surah 23;Ayat 1-11
[1]Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[2]
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

[3]Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

[4]
Dan mrk. yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[5]Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
[6]Kecuali kpd. isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:
[7]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[8]Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[9]
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

[10]
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
[11]Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Tiada ulasan: